Selamat menjalankan tugas dan menerajui SUPERB bagi sesi 2014/2015 !
August 30, 2014
Watikah Perlantikan sesi 2014/2015
22 Jun - Secara rasminya badan kepimpinan sesi 2014/2015 iaitu Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) dilantik di Dewan Perdana SUPERB.
PWTC, here we go !
26 April 2014 - PRS mengadakan lawatan ke PWTC bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa. Seramai beberapa orang PRS daripada tingkatan 4 dan 5 telah menyertai lawatan tersebut. Pelbagai jenis bahan bacaan yang dijual di pesta buku tersebut dengan harga yang berpatutan. Lawatan ini memberi peluang kepada PRS untuk mencari buku-buku memandangkan bukan mudah untuk pelajar mencari buku yang sesuai dengan pembelajaran di kedai buku yang lain.
Keseronokan yang tidak terhingga walaupun hari tersebut merupakan hari cuti bagi pelajar Superb ..
Iftar PRS dan BADAR 2014
21 April 2014 - Iftar PRS bersama BADAR telah diadakan di Dewan Makan Superb. Gabungan idea ketua PRS dan BADAR bagi menjalankan aktiviti tersebut untuk menarik perhatian pelajar-pelajar lain supaya bersama-sama berpuasa sunat serta melakukan amalan sunat. Untuk menyuruh pelajar-pelajar lain berpuasa sunat adalah dengan cara kita melakukannya terlebih dahulu dan yang lain mengikutnya. InsyaAllah cara ini akan berhasil. Di samping itu, kami turut mengadakan sambutan hari lahir bagi PRS dan BADAR yang lahir pada bulan Januari hingga April.
Selamat Hari Lahir diucapkan kepada kalian ! Semoga sukses dan cemerlang dunia wa akhirat ..
Kursus Asas PRS Peringkat Sekolah 2014
4 hingga 5 April 2014 - PRS tingkatan 2 dan tingkatan 4 telah menyertai Kursus Asas PRS yang diadakan selama 2 hari di SUPERB. Kursus ini diadakan bagi mendedahkan PRS yang baru dilantik dengan tanggungjawab sebenar sebagai seorang PRS.
Walau apapun, selamat menjalankan tugas !
Minggu Antidadah 2014
Bersempena dengan minggu Antidadah, PRS Superb telah mengadakan beberapa aktiviti dan pertandingan termasuklah pertandingan mencipta pantun, pidato, mendeklamasikan sajak, pameran dan lain-lain.
Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang bagi pertandingan yang telah dianjurkan bersempena dengan minggu Antidadah. Terima kasih juga kepada guru-guru dan para pelajar kerana telah memberikan komitmen yang baik kepada kami serta menyertai pertandingan yang kami anjurkan.
Pertandingan berpidato |
Pertandingan mencipta pantun |
Orientasi Form 1 2014
Orientasi form 1 : Pelajar-pelajar tingkatan 1 telahpun menjalani program orientasi. Mereka merupakan permata Ulul Albab di mana sebuah Program Ulul Albab telah dijalankan ke atas mereka bermula pada tahun 2014 bagi melahirkan pelajar-pelajar yang menghafaz al-quran.
Dengan adanya program Ulul Albab ini, dapatlah mengimarahkan lagi suasana Superb dengan pendekatan agama.
Dengan adanya program Ulul Albab ini, dapatlah mengimarahkan lagi suasana Superb dengan pendekatan agama.
MSR Form 4 2014
Kehadiran pelajar-pelajar tingkatan 4 2014 amat dinanti-nantikan memandangkan mereka merupakan batch terakhir yang memasuki bumi barakah Superb. Orientasi selama 10 hari telah dijalankan kepada mereka supaya mereka dapat mengenali antara satu sama lain dan dapat membiasakan diri di Sekolah Berasrama Penuh.
Semoga mereka dapat bersama-sama menjayakan dan menaikkan lagi nama Superb!
Program PLC
Alhamdulillah Program PLC telah dijalankan di SUPERB bermula Januari 2014. Program ini diadakan pada setiap bulan, hari isnin, jam 7.15 pagi hingga 8.05 pagi sama ada di aspura ataupun di aspuri. Guru sebagai mentor kepada murid-murid atau mentee mereka akan melakukan perbincangan berdasarkan tajuk pada hari tersebut. Melalui program ini, murid-murid dapat berkongsi masalah dan pendapat bersama mentor-mentor mereka.
semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang di samping mengeratkan lagi hubungan antara guru dan murid-murid ..
semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang di samping mengeratkan lagi hubungan antara guru dan murid-murid ..
Subscribe to:
Posts (Atom)