February 17, 2015

Pelancaran Program Love and Caring 2015

26 Januari 2015 - Pelancaran Perogram Love and Caring tahun 2015 diadakan di Dewan Perdana SMAP Bentong (SUPERB). Program tersebut akan dijalankan sebulan sekali sepanjang tahun 2015. Program ini dapat mengeratkan silaturrahim antara mentor dan mentee di samping berkongsi masalah bersama mentor masing-masing. Antara aturcara majlis termasuklah ucapan Tuan Karudin Bin Kamarulzaman selaku pengetua SMAP Bentong (SUPERB), ucapan perasmian oleh En. Nasarudin selaku Yang Dipertua PIBG SMAP Bentong (SUPERB), acara pemberian cederahati oleh wakil mentee kepada mentor masing-masing, acara pemotongan kek dan pemberian cenderahati kepada YDP PIBG sekolah.


MSR Tingkatan 1 2015

14-16 Januari 2015 - Minggu Silaturrahim (MSR) bagi menyambut kedatangan murid-murid tingkatan 1 telah diadakan. Selain itu, program ini merupakan sesi pengenalan antara murid-murid tingkatan 1, guru-guru dan pentadbir SMAP Bentong (SUPERB) serta dapat mengenali perjalanan aktiviti di sekolah berasrama penuh dan stuktur-struktur pembangunan sekolah. Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program tersebut termasuklah Ice Breaking, Eksplorasi Pimpinan SUPERB, Look Smart, Dikir Zikir dan Majlis Penutupan MSR Tingkatan 1 ambilan pertama 2015.


Program Outreach 2014

5 November 2014 - Program Outreach Pembimbing Rakan Sebaya SMAP Bentong (SUPERB) ke SK Mempaga 1 telah diadakan buat julung kalinya. Seramai 60 murid-murid darjah 5 dan 6 yang terlibat dengan program tersebut. Beberapa aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program tersebut dijalankan seperti Ice Breaking, Pengenalan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Question and Answer, Games dan Majlis Penutup serta Penyampaian Hadiah.

Slot Games

Pembahagian Fascilitator

Majlis Penutup

Slot Question and Answer


Slot Pengenalan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Jamuan Akhir Tahun Pembimbing Rakan Sebaya tahun 2014

31 Oktober 2014 - Jamuan Akhir Tahun Pembimbing Rakan Sebaya telah diadakan bagi meraikan organisasi PRS di SMAP Bentong (SUPERB). Beberapa aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program dilaksanakan adalah gimik perasmian, permainan rebut kerusi, sambutan hari lahir PRS, anugerah akademik PRS, anugerah PRS terbaik sepanjang tahun dan anugerah khas kepada tokoh PRS.


Majlis Restu Ilmu Tingkatan 3 2014

10 Oktober 2014 - Majlis Restu Ilmu Tingkatan 3 diadakan bagi murid-murid tingkatan 3 tahun 2014 untuk memohon restu, kemaafan dan keberkatan daripada guru-guru yang telah mengajar mereka. Di samping itu, unit bimbingan dan kaunseling telah membekalkan alat tulis kepada mereka supaya lebih bersedia menghadapi peperiksaan PT3 yang menjelang tiba beberapa hari kemudian.