June 12, 2015

PRS SUPERB MASUK PENJARA?!!


PRS SUPERB MASUK PENJARA!!!

22 Mei 2015 - Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SUPERB telah mengadakan lawatan ke Kompleks Penjara Bentong. Seramai 40 orang ahli PRS telah mengikuti program tersebut dan diawasi oleh dua orang kaunselor. Program lawatan bermula dari pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang. Antara aktiviti yang diadakan ialah taklimat daripada  Pengarah Penjara Bentong iaitu Dato Aziz B. Abdul Razak, tayangan video, taklimat tentang operasi penjara Bentong, sesi soal jawab bersama pegawai-pegawai penjara, pameran dan sesi fotografi.